Pages

Sunday, September 1, 2013

Part 4-Betulkan yang biasa & biasakan yang betul...

RS-Audio & Signal Report

Untuk Part 4 dalam segmen Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul ni, sy nak sentuh berkenaan audio report & signal report...

Lihat contoh dialog peserta 2m net dlm petikan dibawah:-

"...Terima audio anda 5 palang 9.
Kita memancar dengan kuasa pancaran High Whiskey menggunakan handy Motorola GP328 dibantu antenna mobile VR7..."

Berapa kesilapan yg terdapat dalam petikan diatas? Dimana silapnya? 

Apa yang anda faham tentang 5 palang 9 (5/9)? apa yang 5? apa yang 9? :o

Setakat ini feedback dari rakan2 baru bila sy bertanyakan tentang pemahaman mereka terhadap audio report ialah mengikut bacaan berikut:-
5/9 =tu crystal clear... 
4/8 =berpasir halus... 
3/7 =tu berpasir kasar... 
Romeo 2 =tu maksudnya putus2... ada gak yg ckp audio copot2... 
Romeo 1 = Negatif copy

Jika pembaca juga setuju dengan kenyataan diatas ini, jawapannya ialah TIDAK TEPAT!!!

RS report ni terbahagi kepada 2 Laporan. 'R' untuk Audio Report (Readability)/Kebolehbacaan Audio.
'S' pula untuk Signal Strength Report(Signal)[Merujuk kepada 'S' Meter yang tertera pada Skrin LCD Transceiver anda].

Kebolehbacaan audio adalah bergantung pada telinga anda sendiri... xde sesiapa yg boleh pertikaikan apa pun report yg anda nak bagi... sama R5, R4, R3, R2, atau R1 sekali pun... kadang2 audio yg kita dgr sgt teruk dan susah nak difahami pun boleh dpt R5... Selagi dpt difahami dgn jelas oleh telinga si pendengar/pemberi report... ;)

Tp tidak utk Signal report... signal report hendaklah diberi mengikut ukuran S meter pada radas si penerima audio(si pemberi report)...

Kalau penuh, S9 lah... (berpandukan 9 bar S meter yg tertera)

kalau yg ni, S5


kalau 5 bar berkelip2 ke 4 bar 
=S5 QSB(signal fading)... dlm RAE pun ada soalan tentang QSB kan? ;)



S4


yg ni plak Busy mode...



tapi perlu di ingat, ada juga radas yang S meter nya x cukup 9 bar... ada yang 5 bar sahaja macam TYT ni,

 dan ada juga yg 3 bar sahaja macam icom V8...


tp yg xde s meter dan skrin lcd seperti motorola gp328 tu pulak macam mana bleh bagi signal report???? hahahahaha.... x perlu la beri signal report! adeh... bleh plak agak2 katanya... ~_~'


Sebenarnya, jika beroperasi di pengulang, memadai dgn memberi audio report. melainkan operasi simpleks..


ada juga kebelakangan ni kadang tu kita dengar audio report Q5 & Q4 menggantikan R5 & R4... hmmm... tau x dari mana datangnya??? :)
Drpd Q code gak tu...
 Sepatutnya bila nak guna, biarlah penuh... QRK 5 , QRK 4.. jgn la guna singkatan lg jadi Q5 atau Q4... semua ni leh jadi amalan tidak betul utk rakan2 baru... Q Report sebenarnya hanya utk Digital mode...


•RS Report - Voice (FM,SSB)
•RST Report - Continuous Wave (CW)
•RSQ Report - Digital (PSK)
•RSV Report - Slow Scan TV (SSTV)

Jadi, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul... ;)


73
de Zamri X
9W2NMX