Saya mula berjinak2 dgn 10m band pada awal 2011.. Berbekalkan peralatan yang ada, Yaesu FT-897D Transceiver, Nissei PS30SW II 30A Power Supply, MFJ-945E ATU(Antenna Tuning Unit) & Homebrew Antenna jenis Dipole beserta Balun 4:1 saya berjaya bekerja dengan 7 stesyen sepanjang 2011.. Jarak paling jauh yg pernah sy capai ialah 3430 km QSO bersama VU2DSI dari India dengan RS report masing2 5/9. Mungkin dengan ruang yg agak terhad untuk merentang wayar dipole itu maka itulah jarak terjauh saya boleh capai dengan antenna tersebut. Namun ianya tetap hasil pencapaian yang membanggakan bagi saya yang baru bermula... dengan antenna buatan sendiri pulak tu... hahahah...
Pertengahan 2012 pula berbekalkan rezeki yang ada, setelah terpasangnya Vertical Antenna model MALtronix HFV-6010 bertambah seronok pula QSO di 10m.. Mana tidaknya, hampir beberapa bulan saya kesepian daripada QSO apatah lagi untuk mendengarkan noise di 10m akibat tali penyokong wayar antenna dipole saya dipotong oleh kontraktor cat yang menjalankan kerja2 penyelenggaran & naik taraf bangunan di tempat penginapan saya... Jadi dengan adanya Vertical antenna ini sy dapat meneruskan perjuangan di 10m dengan tambahan 27 QSO sepanjang tahun 2012 dan jarak paling jauh pernah saya capai dengan antenna ini adalah sejauh 15300.2 km bekerja bersama N8II dari West Virginia, USA pada 9 September 2012 dgn RS report masing2 5/3 & 5/1. itupun setelah saya pindahkan antenna tersebut dari ruang tingkap ke atas bumbung. hihi.
Awal March 2013 yg lalu setelah sy mula memasang 3 Element Yagi Antenna sekali lagi berjuang utk cubaan menambah bilangan QSO dan bilangan stesen yg dapat ditambah utk 10m. Dengan adanya yagi ini sy lebih berkeyakinan kerana memang ada beza kalau di bandingkan dgn antenna dipole dan vertical.. lebih2 lagi dipermudahkan dgn adanya pemacu arah ( antenna rotator) maka lebih mudah bagi saya untuk mengarahkan antena berpusing mengikut kehendak saya.
Contest juga turut membantu saya bagi menambah contact. Dengan sekali pengalaman menyertai contest pada 2012, tahun ini juga sy tak ingin ketinggalan menyertai contest dimana CQ WPX 2013 & My10mg SSB telah sy sertai... Dengan bantuan 3 element yagi ini, sehingga 11hb May 2013 baru2 ini sy telah menambah sebanyak 109 QSO lagi.. Melengkapkan 157 QSO, 142 WKD station, 6 Continents, 19 CQ Zones, 20 ITU Zones & 43 DXCC. dan jarak paling jauh yg tercapai setakat ini adalah 19114 km ketika bekerja dengan HK1T dari Columbia.
Terima Kasih buat SEMUA rakan2 yang berkongsi ilmu dengan saya.. Ianya pengalaman manis yang amat bermakna buat saya... ;)
73
de ZamriX
9W2NMX
9W2NMX
No comments:
Post a Comment