Pages

Wednesday, May 1, 2013

9W bekerja di HF...?


A: "Eh der... jom try HF plak nak?"

B: "Hish... 9W mana boleh QSO kat HF! VHF boleh laa!"

A: " Boleh laa.. Kat AA kan ader mention... 28-29.7mhz tu... kan 10m band... kan HF..."

B: "Eh ye ker...Ntah... aku pas dpt AA ntah mana aku letak pun aku tak ingat... x tgk pun... ~_~....."

Selain daripada dialog tu pulak, ada yg tahu tp mungkin kurang berminat serta timbul pelbagai alasan untuk mengelak... jd dgn kedengarannya alasan2 sebegini, maka rakan2 baru yg mungkin berminat untuk ke arah HF pun akan mula terbantut....

Antara 3 alasan yg sering kita dengar dr mereka2 ialah....

(Q)•Bila nak pakai HF lak bro?

(A1)• Set HF mahal laaaa... aku x mampu nak beli lagi.... ~_~'

(A2)• Aku x pandai bahasa inggeris laa... nnt dorang tanya aku x reti nak jawab pulak... ~_~'

(A3)• Aku x habis lagi QSO kat VHF(2m)... nnt dah habis bleh la aku beli set HF pulak... :p

Hahahaha... macam2 kan...

***lebih baik cakap "aku x berminat laa bro... :)..." kan senang...

***dan jgn sesekali plak anda berseloroh kata "wah dah kaya ko ek... main HF plak skrg!... >:D..." (kang takut bila dibalas, diri sendiri lak yg terasa... hihihi...)


alasan #1 tu kalau yg betul2 x berkemampuan tu mmg x bleh nak kata apa la kan... & yg x berminat pula pun dh bleh juga kita ketepikan sbb mmg x bleh paksa kan?... tp bg yg ingin tahu, tp tak tahu dan pula dimomokkan dgn harga set HF yg menggila mahal, pastu pulak x mahu explore dan x mahu bertanya dgn rakan2 yg sepatutnya, jawabnya sampai bila2 la kita akan berada di takuk yg sama... :)
Sebab kalau nak kata mahal la kan, Set HF 27&28mhz yg ada di pasaran malah lebih murah & ada yang sama harga sahaja berbanding dgn transceiver VHF iCOM ic2200 atau 2300 yg ada di pasaran kini... (jika kita rajin explore)
kalau mobile rig(mobile transceiver) boleh di beli sampai 2-3 bijik belum campur koleksi handy(handheld transceiver) lagi yg melambak2... yg tu x mahal? hihihi:p (sebenarnya dia x minat la tu... :D)
lagipun antenna HF pun boleh aja homebrew dgn kos yg sgt murah serendah 50 hengget...siap ada balance lg... kalau ada minat, pasti ada jalan nya... :)


alasan #2 tu pulak, saya rasa bukan alasan yg kukuh sebab sy sendiri tak berapa fasih berbahasa inggeris... tp jika merujuk dr pengalaman sy la... lihat sajalah 90% video log QSO yg telah saya rakamkan di
http://www.youtube.com/9W2NMX ...
jgn dgr bahasa inggeris sy yg tunggang langgang tu la... dgr bahasa inggeris dr Worked station tu.. x juga 100% perfect kan? hihihi... lg pon bukan nya nak sembang sgt macam di 2meter... apa yg perlu ialah Audio report, Signal report, QTH, Nama, RF Power dan perkara2 yg penting sahaja pun... bukannya nak sembang tanya khabar ketua kampung dia ker... bila kenduri anak tok penghulu ke atau nak kene baca/buat karangan english essei 200 patah perkataan pun... hihihi.... basic je kan...

alasan #3 pun lebih kurang cam #2 jugak... bukan nya perlu kita susun ayat macam nak jadik DJ radio commercial hot fm atau pun era... ayat kene berbunga2 kononnya sedap la didengar... :p
tersusun rapi kata2 bagaikan zaman Hang Tuah nak mengorat Tun Teja dulu2 pulak pun ... hihihi... kalo dah mula sembang kat HF pun bukannya x bleh sembang kat VHF lagi kan??? tu belum citer QSO kat UHF lagi... 70cm band & 6m band pun ramai yg x Xplore lagi kan... kalau di singkap2... byk lagi yg boleh kita explore... selain FM mode, SSB(USB & LSB), Digital, RTTY, PSK, SSTV etc.... ;)

Tujuan penulisan saya ini bukan lah hendak membangga-bangga dengan apa yg saya ada, tp untuk berkongsi keseronokan Ham Radio... (utk yg berminat) :)
sbb dgn ham radio ni 360 darjah 1 dunia boleh di capai jika propagasi mengizinkan... satu dunia kita ada rakan ham yg berkongsi minat yg sama... jadi duta negara sendiri dimata dunia... it's fun... :)

#refer****

Yang mudahnya x perlu la buat spekulasi atau alasan2 seperti diatas jika yg sebenarnya mmg kita TIDAK BERMINAT... that's all folks... ;)

73
de Zamri X
9W2NMX














No comments:

Post a Comment