(Betulkan perkara-perkara salah dan menjadi ikutan dalam QSO yang kita biasa-biasakan saban hari & biasa-biasakan perkara yang betul menurut AOP/SOP agar menjadi kebiasaan)
Mungkin ada di kalangan Ham Radio Operator di Malaysia ni dah naik muak/menyampah dengan slogan ini... ;)
Tetapi untuk mengekalkan atau membaik pulih kualiti Ham Radio Operator di Malaysia ini, saya rasa sepatutnya pendekatan perlu dilakukan dan diambil berat oleh semua pemegang callsign, tidak kira samada yang baru ataupun yang lama. Kerana rakan-rakan baru sudah barang pasti akan terikut-ikut dengan cara rakan-rakan lama QSO tanpa mengira betul atau salah. Maka jika yang salah pun dijadikan kebiasaan, bukankah perkara ini semakin sukar untuk di bendung serta meleret-leret dari generasi ke generasi seterusnya?
Antara Istilah ,Jargon dan Q-Code yang salah atau mungkin tidak tepat cara penggunaannya dimana seringkali kita terdengar di pengulang(repeater) tak kira lah di local repeater mahupun linking adalah seperti contoh berikut:-
•Pancar Ulang (sepatutnya pengulang iaitu Repeater)
•Bermobile (memadai dengan sebutan mobile kerana 'ber' itu adalah suku kata awalan untuk bahasa melayu dan 'mobile' pula adalah suatu perkataan di dalam bahasa inggeris)
•BerQSO (memadai dgn QSO tanpa sebarang penambahan kata awalan [ber, me, meng, ter] atau kata akhiran [kan, i, an] seperti contoh lain "QRTkan saya.. atau QROkan power" kerana Q-Code yang sedia ada sudah membawa maksud ayat penyata & jika ditambah dengan simbol tanda soal '?' membawa maksud ayat pertanyaan, maka tidak perlulah di tokok tambah dengan apa yang tidak sepatutnya...)
•Loceng Terbang (sepatutnya Lima Lima [LL] yang membawa maksud 'Lease Line' iaitu Talian Sewaan tanpa mengira sama ada Fixed line ataupun mobile)
•Mempergunakan Frekuensi (sepatutnya "menggunakan frekuensi")
dan banyak lagi contoh-contoh lain sebenarnya seperti "Hati-hati dalam permobilean" sepatutnya kalau disebut "Hati-hati dalam pemanduan" kan lebih tepat...
"Celopi" yang sepatutnya "Jalopy",
"Sok main" yang sepatutnya "Saltmine",
"Naiskitu" yang sepatutnya "Niner Whiskey Two" dan lain-lain lagi..............
Itu pun belum termasuk lagi kisah 73 yang membawa maksud 'Best Regards' samada perlu di sebut "Tujuh Tiga" atau "Tujuh Puluh Tiga".... hehehehe ;D
Lebih banyak anda mendengar/bergabung di frekuensi semakin banyak yang anda boleh pelajari.. tetapi perlu diingat bahawa BUKAN SEMUA yang anda dengar di frekuensi itu betul dan boleh di ikut... mungkin anda boleh belajar dari orang-orang terdahulu bagi mencari kebenaran dan kepastian, yang penting jangan malas untuk mencari bahan-bahan rujukan seperti SOP/AOP, Guideline dan sebagainya... Jangan malu bertanya... ;)
Banyak mencari ilmu & banyak membaca, insyaAllah banyak la yang anda bakal ketahui nanti... Semoga apa yang saya kongsi kan kali ini sedikit sebanyak dapat dijadikan ilmu yang bermanfaat untuk semua pembaca...
MCMC Guideline - http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/Guideline_Amateur_Radio_Service_2012.pdf
Apa itu SOP? - http://advanced-skynet.blogspot.com/2008/07/standard-operating-procedure-sop.html?m=1
73
de Zamri X
9W2NMX
No comments:
Post a Comment