Betulkan yang biasa, biasakan yang betul...
Contoh yang baru-baru ini saya terdengar lagi di frekuensi... (Walau bagaimana pun, telah saya edit serba sedikit tentang lokasi, callsign & peralatan agar tidak menyingung perasaan mana-mana individu dan bagi tujuan pembelajaran...)
"...Terima kasih Pak Ra, Naiskitu Quebec Romeo Alpha selaku Net Controller, Naiskitu Quebec Romeo Zulu portable depan base kembali... "
"Assalammualaikum & selamat malam kepada anda Pak Ra. Tahniah kerana menjadi net controller pada malam ini. "
"Salam Contact Kenal & salam contact perdana kepada semua rakan-rakan yang belum mengenali diri ini. Saya rakan baru. Handle Operator disini Sierra India Papa Uniform Lima Alpha November...."
" Base di Kuala Selangor sokmain di Hulu Selangor. Satu XYL dan tiga Harmonic. Saya takde sebarang info atau trafik cuma nak check net sahaja. "
"Sekarang ni saya portable di hadapan base.. Menerima audio anda 5 palang 9 kadang-kadang tu menurun kepada 4 palang 8 dan 3 palang 7... "
"mungkin kerana saya berada di laluan sukar.. lagipun saya belum beli lagi rig atau kotak hitam untuk saya QROkan power.."
"saya memancar dari dalam cenopi menggunakan budak kecik jenis motorola mt777 dengan kuasa pancaran errr medium whiskey dibantu antenna Mike Charlie satu golek satu terus ke pancar ulang di puncak gunung. "
"Nanti Pak Ra tolong infokan macam mana anda terima audio report kita sbb kita terima audio rakan-rakan llain kadang berpasir kasar.. tapi audio Pak Ra je berpasir halus.."
"Itu saja info dari saya dan takde info lain.. Sekali lagi ucapan tahniah kerana menjadi net controller pada malam ini. "
"Naiskitu
Quebec Romeo Alpha selaku Net Controller tahniah lagi sekali, Naiskitu Quebec Romeo Zulu Portable depan base kita QRT 73 cerio, monitor saja... assalammualaikum.. babai.. "
Agak2nya ada berapa kesilapan yang perlu di baiki dalam dialog diatas? Berapa lama masa yang diambil untuk semua info tersebut? Jom bincangkan... :)
73
de Zamri X
9W2NMX
No comments:
Post a Comment